| INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)

Kunjungan hormat ke IPSAS OLEH Rektor Universitas Abulyatama, Aceh Besar, Aceh Indonesia (UNAYA)

10 Februari 2023 –  Rektor Universitas Abulyatama, Aceh Besar, Aceh Indonesia (UNAYA), Ir. R. Agung Efriyo Hadi telah mengadakan kunjungan hormat  ke IPSAS. Dalam kunjungan hormat itu IPSAS diwakili Prof. Madya Dr Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Belia Dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan bersama ahli Pengurusan IPSAS yang lain (Ketua Laboratori, Ketua Pentadbiran dan Pegawai Penyelidik). Pada awal kunjungan, Pengarah IPSAS, Prof. Dr. Haslinda Abdullah telah menyampaikan kata aluan dan Rektor  UNAYA telah diberi penerangan ringkas menerusi tayangan video pengenalan IPSAS. Antara tujuan kunjungan tersebut untuk membincangkan  perancangan program Seminar Serantau Isu Komuniti 3 (SSIK 3), program internship pelajar UNAYA yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac tahun ini, kuliah tamu berdasarkan bidang pengajian dan fakulti yang berkaitan, aktiviti penyelidikan bersama dan penulisan buku bersama antara dua pihak serta cadangan pembuatan buku Coffee Table berkaitan isu belia dalam sains sosial.

Kedua belah pihak sedang dalam proses mengadakan Memorandum Persefahaman (MOU) bagi mengukuhkan lagi jalinan kerjasama kedua belah pihak terutama dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. 

SXDdXAx~