|
Kepada para pengunjung laman
web IPSAS, saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat
melayari laman web kami, Insya-Allah laman ini akan dapat
membantu tuan/puan mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai
IPSAS terutama mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang
ditawarkan serta kegiatan-kegiatan yang dijalankan di IPSAS.
Selain daripada menjalankan penyelidikan di dalam bidang sains
sosial, institut ini juga turut menawarkan program pengajian
siswazah di peringkat Ijazah Sarjana (MS) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan silalah menghubungi
pejabat kami.
Di kesempatan ini juga saya
ingin mengucapkan syabas kepada seluruh warga kerja institut
yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi dan diharap agar usaha ini akan berterusan dari semasa
ke semasa ke arah menjadikan IPSAS sebagai sebuah institut yang
terkemuka di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
Sekian, terima kasih.
PROF. DR. MD SALLEH HJ. HASSAN
Pengarah
Institut Pengajian Sains Sosial |