|
Penubuhan Laboratori Pendidikan dan Perkhidmatan Kanser adalah berasaskan kepada usahasama antara Universiti Putra Malaysia dengan Cornell Universiti dalam projek “Cancer Education and Research” (CaEd). Semenjak ditubuhkan secara rasmi pada September 2003, CaEd, telah berjaya menyediakan keperluan pendidikan masyarakat Malaysia yang menghidap kanser serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi penjagaan dan rawatan berkait kanser payudara dengan mengambilkira kepelbagaian penduduk Malaysia.
Pada peringkat permulaan, CaEd dibiayai melalui tabung penyelidikan dan pembangunan daripada Cornell Universiti melalui Jabatan Pendidikan serta College of Agricultural and Life Sciences (CALs). Laboratori Pendidikan dan Perkhidmatan Kanser ini secara rasminya diwujudkan di Institut Penyelidikan Sains Sosial (dahulu dikenali sebagai Pusat Pengajian Komuniti dan Keamanan, PEKKA).
Projek dan aktiviti yang dijalankan sejak penubuhannya dari tahun 2003 hingga 2006, meliputi penyelidikan, penerbitan, persidangan kebangsaan, dan program pengembangan, kebanyakannya dibiayai dari sumber luar. Pembiayaan untuk aktiviti masa depan sangat menggalakkan kerana beberapa geran pembiayaan sedang menunggu keputusan.
|