| |
Laboratori Pemajuan Desa dan Pengembangan Pertanian (LPDPP) telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Februari 2007. Laboratori ini berhasrat menjadi pemimpin dalam dan perujuk utama bagi kerja penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang pembangunan desa dan pengembangan pertanian untuk faedah semua penyelidik, pengubal dasar, perancang dan pelbagai pengguna lain.
Sektor pertanian kini telah diiktiraf sebagai sektor ketiga penting dalam pembangunan ekonomi negara selepas sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sektor pertanian adalah sinonim dengan komuniti luar bandar. Justeru itu, penubuhan laboratori ini adalah sangat relevan untuk membantu kerjaan dalam meningkatkan keupayaan komuniti luar bandar ke arah pertanian yang lebih moden, komersil dan berdaya saing.
RADAEL berhasrat untuk memainkan peranan yang penting untuk memberi input kepada agensi kerajaan dalam penggubalan dasar yang lebih sesuai dan berkesan untuk pemajuan luar bandar.
Mengenalpasti dan melaksanakan aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan masalah dan isu semasa kritikal dalam bidang pemajuan desa dan Pengembangan pertanian.
Menyebarkan maklumat dan memberi input berkaitan dengan pemajuan, pembangunan desa dan Pengembangan pertanian di Malaysia kepada penyelidik, penggubal dasar dan perancang di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Merancang dan menjalankan program latihan sumber manusia yang berkaitan dengan pemajuan desa dan pengembangan pertanian.
- pengumpulan data empirikal yang dapat membantu kerajaan di dalam perancangan serta pelaksanaan polisi negara,
- penilaian, analisis keperluan,
- latihan, bantuan teknikal dan kursus jangka-pendek,
- perkhidmatan runding cara,
- perkhidmatan kemanusiaan, dan
- pembangunan polisi dan program berkaitan.
|