Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA) diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pengajian Tinggi pada 23 hb. November 2001 [Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Bil.7/2001]. Penubuhan PEKKA adalah untuk memenuhi misi Universiti Putra Malaysia untuk menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang unggul, yang menyumbang bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan Negara.
Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan penyelidikan, pihak Universiti telah merangka penstrukturan semula institut dengan mengambil kira konsep kluster dan bidang tumpuan penyelidikan. Penstrukturan semula institut ini mengambil kira UPM sebagai Pusat Pendidikan Pertanian, UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Agrobioteknologi, UPM sebagai Universiti Penyelidikan, dan UPM sebagai pusat ilmu yang menjana kekayaan.
Berkuatkuasa pada 1 Julai 2006, nama Institut telah ditukar kepada Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS).
|