info institut

PENYELIDIKAN

PENERBITAN

LABORATORI

PENGAJIAN SISWAZAH

PERKHIDMATAN PROFESIONAL

PAUTAN

login putra

     
  Username
:
  Password
:
 

statistik

  

 
 

pengenalan & objektif | program PENYELIDIKAN | STAF

   
 

   
 

   
 

Laboratori Pengajian Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan atau singkatannya PESONA merupakan salah sebuah dari empat (4) Laboratori yang ditubuhkan di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia.

 

Penubuhan PESONA adalah bertujuan untuk menyokong dan memperkukuhkan misi IPSAS ke arah menjadi pusat rujukan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan di peringkat tempatan, serantau dan juga antarabangsa. Ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat Malaysia melalui Rancangan Malaysia ke-9 yang memberi penekanan kepada usaha menangani ketidakseimbangan sosioekonomi.

 

Justeru pewujudan laboratori ini akan membantu kerajaan melalui penyediaan input terhadap langkah-langkah berterusan pembasmian kemiskinan dan pembangunan yang lebih seimbang dengan mengurangkan jurang kekayaan masyarakat merentasi etnik, dan lokaliti.

 

Dalam melaksanakan aktiviti serta fungsinya, PESONA menggunakan pendekatan multidisiplin, sama ada melalui

 

  1. pengumpulan data empirikal yang dapat membantu kerajaan di dalam perancangan serta pelaksanaan polisi negara,
  2. penilaian, analisis keperluan,
  3. latihan, bantuan teknikal dan kursus jangka-pendek,
  4. perkhidmatan runding cara,
  5. perkhidmatan kemanusiaan, dan
  6. pembangunan polisi dan program berkaitan.
 

Penafian: Universiti Putra Malaysia dan Institut Pengajian Sains Sosial tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.