Pengajian Belia

Pengajian Belia adalah satu disiplin yang memberi tumpuan kepada pembangunan belia dari sudut sejarah, budaya, sosiologi, psikologi, politik dan pembangunan sumber belia. Program yang komprehensif ini menekankan pembangunan belia positif di mana pelajar didedahkan dengan pelbagai aspek keperluan dalam kerangka pembangunan belia positif di peringkat individu, keluarga, dan masyarakat di peringkat negara dan antarabangsa. Ia juga mencakupi aspek latihan dan pembangunan bagi menggembleng sumber belia sebagai penggerak pembangunan masyarakat dan negara. 

 

Senarai pakar:

Prof. Dr. Haslinda Abdullah
Prof. Dr. Abdul Lateef Abdullah @ Steven Eric Krauss 
Prof. Dr. Ismi Arif Ismail
Prof. Madya Dr. Siti Rabaah Hamzah
Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad