info institut

PENYELIDIKAN

PENERBITAN

LABORATORI

PENGAJIAN SISWAZAH

PERKHIDMATAN PROFESIONAL

PAUTAN

login putra

     
  Username
:
  Password
:
 

statistik

  

 

berita terkini

   
 

jawatan kosong

   
 

Jawatan          : Pembantu Tadbir (P/O)

Gred                : N17

Taraf Jawatan : Kontrak

 

1. Syarat UPM:

a) Mempunyai Kepujian Bahasa Malaysia dan 4 matapelajaran lain yang berkaitan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

 

2. Permohonan:

Sila download borang yang disediakan. Borang permohonan dan dokumen-dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada 8 Julai 2008 (Selasa).

 

Muat turun Borang

 

Pejabat Pentadbiran (En. Jamalludin Md. Yatim)

Institut Pengajian Sains Sosial Tingkat 1,

Bangunan Kuliah Pusat

Universiti Putra Malaysia 43400

UPM Serdang

Tel: 03-8946 8573

 

Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak lengkap diisi ATAU lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Jika tuan/puan tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan sila anggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

   
 

Spansion – Santa Claus bersama Angpau

   
 

UPM Serdang, 24 Januari 2008 – Syarikat pengeluar flash memory, Spansion (KL) Sdn. Bhd, telah menderma 3 unit komputer HP untuk kegunaan Pusat Sumber Pendidikan dan Komunikasi Kanser (CaRE). Wakil daripada Jabatan Sumber Manusia, iaitu Carolene Anthony dan Carol Ling, beserta 3 orang jurutera telah hadir pada majlis penyerahan bertempat di CaRE. Timbalan Pengarah IPSAS, Prof. Madya Dr. Bahaman Abu Samah dan Ketua Laboratori Pendidikan dan Perkhidmatan Kanser, Prof. Dr. Mazanah Muhamad telah menerima sumbangan komputer tersebut bagi pihak CaRE.

 

Prof. Madya Dr. Bahaman Abu Samah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Spansion (KL) Sdn. Bhd. atas sumbangan tersebut yang mana akan digunakan untuk pengurusan data berkenaan maklumat kanser. Prof. Dr. Mazanah juga berterima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh pihak Spansion. Pada tahun 2007, Spansion juga telah membantu mencetak semula brosur KanWork di samping membekalkan beg untuk kegunaan para sukarelawan KanWork semasa membuat lawatan pesakit di hospital.

   
  Prof. Madya Dr. Bahaman Abu Samah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Spansion (KL) Sdn. Bhd. atas sumbangan tersebut yang mana akan digunakan untuk pengurusan data berkenaan maklumat kanser.
   
 

penjualan penerbitan ipsas

 

Disediakan oleh Nurul Akhtar

Rabu, 20  Februari 2008

   

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Puan Nurul Akhtar di talian 03-8946 8599 atau e-mel ke nurulakhtar@putra.upm.edu.my

   
 

Pembukaan Pusat Sumber Kanser Hospital Putrajaya

 

Disediakan oleh Dr. Othman

Khamis, 06  December 2007

   
 

Putrajaya - Sebuah lagi pusat sumber kanser telah dibuka di Hospital Putrajaya dengan berlangsungnya Majlis Pelancaran Pusat Sumber Kanser Hospital Putrajaya pada 26 Oktober 2007 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Abu Khamis, Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan merangkap Parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

...selanjutnya

   
 

KUTIPAN PAKAIAN & BARANGAN TERPAKAI UNTUK ORANG ASLI

 

Disediakan oleh Diyana

Isnin, 06  Mac 2007

   
 

Kami sedang menjalankan satu kajian berkaitan komuniti Orang Asli. Sesiapa yang berminat untuk menderma barangan lama/terpakai seperti baju, peralatan sekolah, kasut, mahupun barang permainan anak-anak serta buku untuk kanak-kanak, sila hubungi Cik Diyana di sambungan 8946 8599 atau hantarkan sumbangan anda ke alamat berikut:


Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang
Selangor Darul Ehsan.


   

Penafian: Universiti Putra Malaysia dan Institut Pengajian Sains Sosial tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.