MAJLIS MENANDATANGI SURAT HASRAT (LOI) ANTARA PIHAK INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) DAN UNIVERSITAS HALU OLEO (UHO) SULAWESI, TENGGARA-INDONESIA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » MAJLIS MENANDATANGI SURAT HASRAT (LOI) ANTARA PIHAK INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) DAN UNIVERSITAS HALU OLEO (UHO) SULAWESI, TENGGARA-INDONESIA

MAJLIS MENANDATANGI SURAT HASRAT (LOI) ANTARA PIHAK INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) DAN UNIVERSITAS HALU OLEO (UHO) SULAWESI, TENGGARA-INDONESIA

 

UPM SERDANG, 1 Disember 2023- Majlis menandatangi surat hasrat (LOI) antara pihak Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) dan 3 buah Fakulti dari Universitas Halu Oleo (UHO) Sulawesi Tenggara, Indonesia telah diadakan pada 1 Disember 2023 bertempat di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Lawatan balas daripada UHO adalah rentetan daripada penganjuran bersama Seminar Serantau Isu-Isu Komuniti Kali Keempat (SSIK4) yang telah diadakan di UHO, Kendari, Sulawesi Tenggara pada 19 hingga 25 September 2023 yang telah dihadiri seramai 15 delegasi dari IPSAS.

Majlis LoI ini dihadiri oleh enam (6) orang delegasi dari Indonesia iaitu Prof. Dr. Ir. Takdir Saili, M.Si dan Prof. Alberth, S.Pd., M.A., PhD dari Pascasarjana UHO. Prof. Dr. Ir. R. Marsuki Iswandi, M.Si., Dr. Awaluddin Hamzah, S.P., M.S  dan  Prof. Iskandar, S.P., M.Si., Ph.D  dari Fakultas Pertanian UHO. Manakala Dr. Ir. Ali Bain, M.Si., IPU dari Fakultas Peternakan UHO dan semua Ahli Pengurusan IPSAS. Turut bersama adalah Dr Jeffrey Lawrence D’Silva selaku Timbalan Pengarah IPSAS dan Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori, Laboratori Belia dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, IPSAS selaku Pengarah Majlis yang menyampaikan cenderamata kepada semua delegasi. 

Program kerjasama yang diusulkan adalah Program Pengembangan Sumberdaya Manusia (Human Resource Development), Program Pendidikan dan Pengajaran (Education Program), Program Penelitian (Research Program) dan Program Pengabdian Masyarakat (Community Service). Komitmen untuk mencapai objektif bersama yang termetrai dalam LoI diyakini mampu membawa impak positif di masa hadapan antara kedua belah pihak. Jalinan kerjasama ini juga mampu mengukuhkan kolaborasi antara Institusi Pengajian Tinggi serantau di arena antarabangsa.

 

 

Tarikh Input: 03/12/2023 | Kemaskini: 03/12/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEdKAA~