PROGRAM KOLABORASI BERSAMA SEKOLAH TINGGI ILMU KESEHATAN PERTAMEDIKA (STIKes PERTAMEDIKA) 2024 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM KOLABORASI BERSAMA SEKOLAH TINGGI ILMU KESEHATAN PERTAMEDIKA (STIKes PERTAMEDIKA) 2024

PROGRAM KOLABORASI BERSAMA SEKOLAH TINGGI ILMU KESEHATAN PERTAMEDIKA (STIKes PERTAMEDIKA) 2024

Pada 6 Februari 2024, delegasi IPSAS, UPM yang dihadiri oleh Profesor Dr. Haslinda Abdullah, Prof. Madya Dr. Haliza Abd Rahman, Profesor Ts. Dr. Hj. Rusli Abdullah dan Cik Widad Emir Mohamad Arrif Emir telah menyertai program yang diadakan oleh Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Pertamedika (STIKes Pertamedika) sebagai implementasi kepada kerjasama antara IPSAS dan STIKes Pertamedika. Kunjungan ini telah disambut baik oleh Ns. Maryati, S. Kep., MARS, Pengarah STIKes, Dr. Asep Saefudin, Pengarah Pertamedika Yayasan Pendidikan bersama pensyarah STIKes dan staf sokongan yang lain.

Agenda program dimulakan dengan aktiviti komuniti servis dengan tajuk “STIKes Pertamedika & UPM Malaysia Go To Community: Health Education for Sustainable Development” yang telah dijalankan di kawasan Kebayoran Lama. Antara sesi perkongsian tajuk yang disampaikan oleh delegasi IPSAS ialah berkenaan banjir dan kesannya, kesihatan mental, dan cakna digitalisasi. STIKes bersama IPSAS seterusnya melawat Pusat Kesehatan Masyarakat (PUSKESMAS) dimana dalam sesi lawatan ini IPSAS telah membincangkan isu komuniti yang berlaku di kawasan Kebayoran Lama. Pada sesi petang program ini, STIKes telah menjemput delegasi IPSAS dalam kuliah tamu untuk menyampaikan syarahan awam kepada pelajar di STIKes dengan tajuk “Global Social & Health Issues Facing 2024”. Kuliah ini disambut baik oleh pelajar STIKes dengan kehadiran lebih daripada 1050 orang pelajar. Program kerjasama STIKes dan UPM ini telah menjalinkan kerjasama yang kukuh antara IPSAS dan STIKes bagi aktiviti kolaborasi yang seterusnya.

 

 

Tarikh Input: 13/02/2024 | Kemaskini: 13/02/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEdDAd~