PROGRAM MOBILITI PELAJAR BERSAMA UNIVERSITI ISLAM NEGERI HIDAYATULLAH SHARIF, JAKARTA, INDONESIA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM MOBILITI PELAJAR BERSAMA UNIVERSITI ISLAM NEGERI HIDAYATULLAH SHARIF, JAKARTA, INDONESIA

PROGRAM MOBILITI PELAJAR BERSAMA UNIVERSITI ISLAM NEGERI HIDAYATULLAH SHARIF, JAKARTA, INDONESIA

 

 

 

UPM SERDANG, 3 Nov - Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Penutup Program Mobiliti Pelajar, Putra Social Science Study Tours bersama 12 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dari Universiti Islam Negeri Hidayatullah Sharif, Jakarta, Indonesia. Program mobiliti ini telah berlangsung selama 12 hari bermula pada 24 Oktober hingga 4 November 2023.  Putra Social Science Study Tours ini merupakan program pertama anjuran IPSAS. Antara pengisian program ini ialah aktiviti pembelajaran, lawatan ke agensi, lawatan ke industri dan sesi keterlibatan bersama komuniti. 

 

Pada permulaan program, peserta dibawa melawat sekitar kampus UPM dan berkunjung ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad serta Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Bagi aktiviti pembelajaran, peserta didedahkan dengan metodologi penyelidikan sains sosial, komunikasi berkesan, mengenal personaliti diri, serta perundangan kesihatan pekerjaan dan persekitaran. Di samping itu, peserta berpeluang melawat beberapa agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, seperti Pusat Belia Antarabangsa dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Adab Youth Garage merupakan satu badan bukan kerajaan yang dipilih untuk sesi keterlibatan bersama komuniti. 

Peserta program mobiliti ini juga berpeluang melawat Putrajaya serta bandaraya Kuala Lumpur. Antara tempat yang dilawati ialah Muzium Kesenian Islam, Kompleks Nasyrul Quran, Pasar Seni, Anjung Floria, Masjid Putra, Masjid Besi dan taman - taman awam. 

 

                                                 

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 06/11/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEdMAX~