UPM SERDANG, 22-24 Ogos 2023 - Institut Pengajian Sains Sosial telah menganjurkan BENGKEL PENGUKUHAN METODOLOGI PEMBANGUNAN INDIKATOR SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI untuk pegawai Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC). Seramai 20 peserta telah menyertai bengkel ini dan ia telah dikendalikan oleh Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva dan Prof. Madya TS Dr. Mohd Zairul Mohd Noor, dengan dibantu oleh Nurshazwani Ghazali, Hairi Ahmad dan Zulshafiq Amir Hamzah.
Matlamat utama bengkel ini ialah untuk meningkatkan kefahaman pegawai MASTIC kepada metodologi penyelidikan agar penyelidikan MASTIC dapat dipertingkatkan kualitinya pada masa hadapan. Pada bengkel ini, penceramah telah mendedahkan kepada para peserta bagaimana kaedah menggunakan teknologi AI untuk memudahkan proses penyelidikan di samping pengetahuan berkaitan dengan teknik Nominal Group Technique.
Bengkel ini merupakan pemangkin kepada kerjasama penyelidikan yang lebih erat di masa hadapan di mana penyelidik IPSAS akan bekerjasama dengan penyelidik MASTIC untuk menjayakan pelbagai projek berkaitan sains, teknologi dan inovasi.
Tarikh Input: 25/08/2023 | Kemaskini: 25/08/2023 | nm_aini