KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)

PUTRAJAYA, 19 April - Delegasi IPSAS, diketuai oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke  Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Putrajaya. Sesi kunjungan hormat telah dipengerusikan YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, dan turut dihadiri oleh wakil agensi di bawah NRES. Dr. Ching Thoo amat mengalu-alukan  kerjasama dengan IPSAS dalam penyelidikan, webinar serta penganjuran seminar antarabangsa.

Antara impak kunjungan hormat ini ialah peningkatan visibiliti IPSAS sebagai pusat penyelidikan komuniti dan belia, membuka peluang untuk penjanaan pendapatan melalui geran penyelidikan, penganjuran latihan serta penganjuran bersama seminar/konferen/webinar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Tarikh Input: 07/05/2024 | Kemaskini: 07/05/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFUFAa~