UPM SERDANG , 13 Mac 2023 - IPSAS telah menerima kunjungan lawatan dari Delegasi Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Pertamina Bina Medika, (STIKES PERTAMEDIKA) Jakarta Indonesia. Delegasi ini dihadiri oleh seramai 12 orang terdir daripada Ketua Pegawai Eksekutif , Ketua Perkhidmatan dan Operasi serta Pensyarah Kanan Stikes Pertamedika. Delegasi tersebut diketuai oleh Dr. Asep Saefudin, SH, MM, CHRP, CHRA sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pertamedika.
Kunjungan julung kalinya membabitkan lawatan ke empat (4) Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam entiti UPM iaitu Insitut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV). Dalam setiap lawatan ke PTJ berkaitan, delegasi diberi penerangan ringkas peranan dan fungsi PTJ terbabit.
Lawatan pertama telah berlangsung di IPSAS disebelah pagi. Penerangan tentang fungsi dan peranan IPSAS selaku tuan rumah penganjur lawatan telah diberi penerangan oleh Pengarah IPSAS, Prof Dr. Haslinda Abdullah.
Dalam lawatan satu hari tu, delegasi telah dibawa melawat Muzium Anatomi Manusia di FPSK. Mereka didedahkan tentang perkara asas, fungsi dan perkara lain berkaitan tubuh badan manusia. Delegasi kemudian dibawa melawat Jabatan Dietetik meninjau persiapan diet makanan untuk pesakit di dapur hospital dan Jabatan Radiologi meninjau kemudahan di bilik Scan dan MRI, HSAAS. Lawatan seterusnya pada sebelah petang di Muzium Anatomi Haiwan, FPV mengenali sejarah, fungsi dan perkara lain berkaitan badan dan rangka haiwan, Apa yang lebih menarik lagi ialah mereka berpeluang melihat dengan lebih dekat badan dan rangka haiwan sebenar yang telah diawet untuk dipamerkan di muzium tersebut. Lawatan seterusnya ialah ke Makmal Fisiolgi Haiwan serta Makmal Surgeri Haiwan bagi mengetahui operasi dan kaedah haiwan itu dirawat dan dibedah bagi mengetahui simptom atau punca sakit haiwan tersebut. Di akhir lawatan, delegasi juga dibawa ke klinik Haiwan Kesayangan melihat bagaimana klinik itu mengendalikan haiwan kesayangan dari mula pendaftaran sehingga ke penjagaanya di klinik.
Hasil dari lawatan tersebut antara cadangan yang telah diutarakan seperti pertukaran pelajar Kejururawatan Semester Kedua dan atas antara STIKES dan FPSK secara pindaan kredit semester. Rata-rata maklumbalas yang diterima dari rakan delegasi dari Indonesia itu merasa kagum dan pengalaman yang diperolehi dari lawatan tersebut sangat bermakna dan berharga buat mereka dan bercadang untuk mengadakan lawatan seumpama itu sekali lagi bersama rakan-rakan mereka yang lain di Indonesia akan datang. Diakhir setiap lawatan di PTJ terbabit pertukaran cenderamata antara PTJ tersebut dan Ketua Delegasi.
Tarikh Input: 12/04/2023 | Kemaskini: 13/04/2023 | nm_aini