UPM SERDANG, 17 April 2023 - Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Cultural Centre of the Embassy of the Islamic Republic of Iran dan Cultural Centre of the Embassy of the Republic of Iraq telah menganjurkan Lecture Series on Empowering the Well Being of the Youth in Islamic Heritage and Society. Siri syarahan ini akan diadakan sebanyak 13 sesi.
Sesi pertama telah dilaksanakan pada 17 April 2023, dengan topik Valuing Cultural Diversity and Inclusion in Youth Mental Health. Penceramah bagi sesi pertama ini ialah Dr. Aini Azeqa Ma’rof, IPSAS, UPM, Dr. Seyedeh Soleil Ziaee dan Dr. Ali Saad Kadhim, manakala moderator ialah En. Zaifunizam Ariffin, IPSAS, UPM.
Tarikh Input: 26/04/2023 | Kemaskini: 27/04/2023 | nm_aini