Pada 28 Ogos 2017 bertempat di Dewan Kenanga, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor telah berlangsung sesi pameran dan pemarkahan untuk produk-produk yang telah tercalon untuk Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2017. Produk VIPEWID (Virtual Training for People with Disabilities) yang merupakan satu psycho phylaxis e-learning tool untuk menstabilkan emosi oku baru telah dipertandingkan dalam peringkat pertama AINS 2017 ini. Projek ini diketuai oleh Dr.Nor Wahiza Abdul Wahat, dah ahli projek ialah Puan Nor Aini Mohamed (Pegawai Penyelidik Sosial), En. Mohammad Fedderus Abd Razak CEO Kasih Caliph) dah Dr.Noris Mohd Norowi (Penyelidik Bersama. Antara aspek yang diberi penekananan oleh Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat dalam pembentangan beliau di AINS 2017 ialah keunikan ViPeWid yang berasaskan hasil dapatan kajian penyelidikan dan perkongsian pengalaman dari OKU kepada OKU serta elemen self- reflection yang turut dimuatkan dalam setiap modul VipeWID.
Pihak Putra Sains Park(PSP) UPM baru - baru ini telah meluluskan RM 16,000.00 Dana Promosi Produk untuk menambahbaik produk ini di samping mempromosikan ViPEWid kepada lebih ramai kumpulan sasaran.
Dr. Nor Wahiza membentangkan VipeWid kepada para juri AINS 2017.
Para juri AINS 2017.
Disediakan oleh:
Nor Aini Mohamed
Webmaster
Tarikh Input: 05/09/2017 | Kemaskini: 05/09/2017 | nm_aini